Berkaitan Perpustakaan

Thursday 15 July 2010

Latar Belakang Perpustakaan

LATAR BELAKANG PROJEK PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN SIMPANG EMPAT



Dalam usaha untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh Negeri Perlis, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis mewujudkan sebuah Perpustakaan Cawagan di kawasan Perlis Selatan. 

Dengan terbinanya Perpustakaan Cawangan Simpang Empat ini diharap dapat menampung keperluan perkhidmatan perpustakaan yang semakin meningkat di kawasan ini. Perpustakaan Cawangan Simpang Empat dibina atas tapak seluas dua ekar yang dibeli dengan kos RM 122,999.00. Tapak Perpustakaan ini di Jalan Besar Simpang Empat Alor Setar bersebelah dengan Masjid Putra. 

Kerja-kerja penyediaan dan menambun tapak disiapkan pada 15 Novembar 1997 dengan kos RM 222,999.00.  Pada 14 November 1998 kerja-kerja pembinaan bangunan telah dimulakan. Projek ini telah dilaksanankan oleh Poly Auto Enterprise Sdn.Bhd. dengan kos sebanyak RM1.9 juta. Bangunan dua tingkat ini siap sepenuhnya pada 25 April 2000. Kedudukannya strategik diharap dapat menarik lebih ramai pengguna ke sini. 

Perpustakaan Cawangan Simpang Empat dijangka dapat menempatkan sehingga 80,000 naskah buku dan sebanyak 400 tempat duduk disediakan untuk pengguna. Tingkat bawah bangunan Perpustakaan Cawangan Simpang Empat menempatkan koleksi buku pinjaman, bahagian akhbar, dan majalah, koleksi negeri, bahagian sirkulasi, bilik perbincangan, bilik aktiviti dan bahagian kanak-kanak. Manakala tingkat atas pula menempatkan koleksi rujukan Melayu dan Inggeris serta bahagian hipermedia termasuk internet dan multimedia. 

Susunatur perabut di dalam perpustakaan ini disesuaikan untuk keselesaan dan mesra pengguna. Dengan wujudnya Perpustakaan Cawangan Simpang Empat diharap dapat meningkatkan lagi minat membaca dan memperkembangkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat, khususnya di kawasan Perlis Selatan. 

PERKHIDMATAN Perpustakaan Cawangan / Pekan menyediakan perkhidmatan berikut kepada orang ramai: 
* Perkhidmatan Rujukan 
* Perkhidmatan Pinjaman 
* Perkhidmatan Akhbar / Majalah 
* Aktivati untuk kanak-kanak 
* Perkhidmatan Internet * Perkhidmatan Fotokopi 
* Kelab Rakan Perpustakaan KEAHLIAN 
* Keahlian terbuka kepada semua penduduk di kawasan sekitar perpustakaan Cawangan/Pekan. 
* Seorang pengguna yang ingin menjadi ahli perpustakaan mestilah terlebih dahulu mengisi borang permohonan menjadi ahli(boleh di dapati di kaunter pinjaman). 
* Tiada Yuran Keahlian dikenakan
* Peminjam yang lewat meminjamkan buku akan dikenakan denda RM 0.05 sehari. 
* Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan bahan yang dipinjam, peminjam perlu membayar harga bahan bacaan termasuk bayaran memproses bahan tersebut. 
* Pinjaman bahan rujukan 3 minggu. 
* Had pinjaman ialah sebanyak 3 buah selama 3 minggu 

TATATERTIB 

Untuk memastikan keselesaan dan ketenteraman perpustakaan beberapa perkara perlu dipatuhi oleh pengguna perpustakaan. · 
Tidak bibenarkan makan, minum, merokok, meludah atau tidur didalam perpustakaan. · 
Tidak dibenarkan bercakap dengan kuat sehingga menganggu ketenteraman pengguna lain. · 
Pengguna dilarang mengoyak atau menggunting bahan bacaan atau mengalih perabot yang disediakan. · 
Tidak membenarkan membawa masuk binatang peliharaan. · 
Bahan rujukan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran. · 
Pengguna hendaklah setiasa berpakaian kemas dan tidak mencolok mata ketika berada di perpustakaan. 

WAKTU PERKHIDMATAN 
Isnin – Jumaat 9.00 pg – 6.00 ptg 
Sabtu 9.00 pg – 5.45 ptg 
(Minggu kedua dan keempat) 

Cuti Umum Ditutup