Berkaitan Perpustakaan

Friday, 24 June 2016

Semurni Kasih Ramadhan

Program ini merupakan satu program kerjasama bersama dengan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Perpustakaan Cawangan Simpang Empat dan Perpustakaan Desa Zon 4, Mini RTC Bongor Kudong, Parlimen Arau, JKKK Kampung Bongor Kudong, AJK Masjid Bongor Kudong. 

Program berbentuk aktiviti kebajikan ini bertujuan untuk merapatkan Agensi Perpustakaan dengan Agensi Kerajaan lain, AJK Masjid dan juga penduduk sekitar dan juga pengguna perpustakaan yang berdekatan. Moga dengan aktiviti seperti ini akan terus dapat menjalinkan silatirrahim dengan pennguna.







Wednesday, 15 June 2016

Silangkata kuiz Ramadhan

Tarikh : 14.06.2016
Tempat: Bahagian Kanak2
Peserta: 10 orang

Peserta diminta untuk menjawab kuiz dan juga melengkapkan silangkata yang telah diberikan.

Wednesday, 8 June 2016

Lawatan ke Rumah Darul Falah Ummi Aishah

Lawatan ke Rumah Anak-anak yatim dan juga rumah Perlindungan  Darul Falah Ummi Aishah di Kampung Behor Masjid, Jalan Kuala Perlis, Perlis. Lawatan ini dapat mengenal pasti jenis aktiviti-aktiviti yang boleh di jalankan pada masa hadapan. Selain dari itu dapat juga memberi sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluan seharian sempana Bulan Ramadhan.

Jumlah peserta : 8 Orang

Tempat : Rumah Perlindungan  Darul Falah Ummi Aishah 
                Kampung Behor Masjid, 
                Jalan Kuala Perlis, Perlis.






Tuesday, 31 May 2016

Daulat TuanÄ·u


Daulat Tuanku
Sempena Hari Keputeraan yang ke-73
DYMM TUANKU RAJA PERLIS
"Raja Berdaulat Rakyat Berilmu Negeri Sejahtera Perlis Maju"