Sejarah Ringkas Penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Oleh : Norma Mohd Darus (Mantan Pengarah PPANPs)
Pendahuluan
Hasrat untuk menubuhkan sebuah "Khutub
Khanah Atau Perpustakaan" di negeri Perlis telah wujud sejak tahun 1966.
Ia hasil usaha dan inisiatif yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemimpin dan
orang perseorangan di negeri ini yang begitu berminat ke arah menjadikan rakyat
di negeri ini sebagai masyarakat yang gemar membaca dan berilmu.
Usaha dan cita-cita mereka itu telah
disampaikan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu iaitu Encik
Azizul Rahman. Beliau telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa
Khutub Khanah Negeri, yang terdiri daripada:
Pengerusi:
YB Setiausaha Kerajaan Negeri
(Encik Azizul Rahman)
Setiausaha:
Encik Abdullah Marzuki
Ahli-ahli:
YDP Majlis Bandaran Kangar
(Encik Mansor Osman)
Encik Ariffin Md.Nam
Encik Nor Ahmad Mokhtar
Encik B.P. Chopra
Encik Jaafar Hassan
Encik Jarnail Singh
Encik Ahmad Mahfuz Ali
Encik Foo Hee Liang
Tuan Syed Omar Syed Hussain
Encik Othman Abdullah
Encik Abdul Rahman Ahmad
Jawatankuasa itu telah mengadakan
mesyuaratnya yang pertama pada 28 September 1968 dan bersetuju menggunakan
Bilik Pertahanan Awam di bangunan Mahkamah lama, yang terletak di Jalan Kelab
Indera Kayangan, Kangar sebagai tapak permulaan bagi memulakan sebuah khutub
khanah di negeri Perlis. Segala kelengkapan termasuk buku-buku diperolehi melalui
sumbangan derma daripada pihak swasta, ahli-ahli perniagaan dan orang perseorangan.
Perubahan tempat ini adalah lebih sesuai berbanding dengan usaha awal tahun 1966
di mana ia hanya menumpang di bangunan Kelab Indera Kayangan, Kangar.
No comments:
Post a Comment